Sunday, 24 February 2019

Cara "Print" Sijil Dengan Cepat dan Mudah

"Macam mana nak print sijil murid? dah la 50 orang. takkan nak type satu-satu."

Wahai cikgu dan pelajar sekolah ataupun universiti yang kena buat sijil untuk satu-satu program, jangan risau. Jom belajar buat sijil  teknik "mail merge".


1. Mula-mula buka Microsoft Word dan sediakan template sijil anda.



2.  Klik "Mailings" kemudian klik "Start Mail Merge" dan pilih "Step by step Mail Merge Wizard". pilihan paling bawah sekali.



3. Kemudian akan keluar paparan di sebelah kanan skrin. Paparan itu akan guide untuk step seterusnya.Bermula dengan Step 1 dimana kita perlu pilih jenis document. Jadi untuk buat sijil, kita hanya gunakan "letter". Kemudian klik "Next, starting document" untuk ke Step 2. 


Step 2 kita boleh pilih template sijil. Kalau kita dah buat template pada awalnya, kita select "Use the current document". Sekiranya kita sudah mempunyai template sendiri, kita klik pada "Start from existing document".


                                                        
Step 3 pula, kita perlu ada buat satu database untuk nama pelajar kita nak print. Klik "Type a new list" kemudian klik "Create a new list". Kemudian, masukkan details seperti nama pelajar dan no kad pengenalan. 

#boleh edit column untuk isi details spt nama, no. kad pengenalan, kedudukan.

Selesai masukkan semua details tekan next.



4. Sekarang, highlight nama di template di skrin. Kemudian klik "insert merge field" dan pilih  column nama pelajar anda. kemudian buat perkara yang sama untuk no kad pengenalan. 

tekan "next: preview your letters". Sekarang kita boleh check dengan menekan butang kanan di paparan skrin di sebelah kanan. Kalau berlaku kesilapan, boleh perbaiki dengan menekan "previous"



5. Klik "next: complete mail merge". Tadaaa!!! Dah siap sijil anda. So, lepastu boleh la print sijil tu. 



Teknik mail merge ini memudahkan kita apabila memerlukan salinan banyak tetapi perlu menukar nama dan beberapa maklumat. Sebenarnya teknik ini bukan sahaja untuk membuat sijil tetapi boleh juga digunakan untuk menulis surat rasmi, surat untuk apply kerja, dan sebagainya. 

Operating System

Sistem pengendalian atau "Operating System" (OS), penerangan mudahnya adalah satu perisian yang membolehkan pengguna menjalankan aplikasi lain pada peranti perngkomputeran. Walaupun boleh untuk aplikasi perisian untuk menyambung secara langsung dengan hardware, sebahagian besar aplikasi ditulis untuk OS, yang membolehkan mereka mengambil kesempatan daripada commmon libraries dan tidak bimbang tentang butiran hardware tertentu.


Sistem Operasi menguruskan sumber perkasasan komputer, termasuk;


  • Peranti input seperti papan kekunci dan tetikus
  • Peranti output seperti monitor paparan (screen monitor), pencetak (printer) dan pengimbas (scanner)
  • Peranti rangkaian seperti modem, penghala (routers) dan sambungan rangkaian 
  • Alat penyimpanan seperti pemacu dalaman dan luaran


OS juga menyediakan perkhidmatan untuk memudahkan pelaksanaan dan pengurusan yang cekap, dan peruntukan memori untuk sebarang program aplikasi perisisan tambahan yang dipasang



Image result for operating system

USB Flash Drive pengganti disket dan CD

USB flash drive atau dikenali juga sebagai USB stick, USB thumb drive atau pen drive adalah sejenis peranti storan mudah alih dan plug-in yang menggunakan flash memori dan cukup ringan untuk disambungkan dengan keychain. USB Flash Drive boleh digunakan sebagai pengganti cakera padat (CD). Apabila pengguna menyambungkan peranti flash memory ke dalam port USB, operating system (OS) mengenalpasti peranti itu sebagai pemacu (drive) yang boleh ditanggalkan.


USB Flash Drive boleh menyimpan fail penting dan "data backups," membawa tetapan atau aplikasi kegemaran, menjalankan diagnostik untuk menyelesaikan masalah komputer atau melancarkan OS dari USB bootable. Pemacu menyokong (support) Microsoft  Windows, Linux, MacOS, dan banyak ROM boot BIOS.

USB Flash Drive yang pertama berada di pasaran pada tahun 2000 dengan kapasiti penyimpanan 8 megabytes (MB). Kebanyakan pemacu kini mempunyai kapasiti antara 8 gigabytes (GB) dan 1 terabytes (TB), bergantung kepada pengilang, dan tahap kapasiti masa depan dijangka mencapai 2 TB.


Image result for usb storage

memori di dalam kebanyakan USB flash drive adalah multi-level cell (MLC), yang baik untuk 3,000 hingga 5,000 program kitaran padam . Bagaimanapun beberapa pemacu direka dengan memori single-level cell (SLC) yang menyokong kira-kira 100,000 tulisan (writes).

Bagaimana USB flash drive digunakan mempengaruhi jangka hayatnya. Semakin banyak pengguna memadam dan meletakkan data baru pada peranti, semakin besar kemungkinannya akan rosak.

Apakah Input dan Output serta fungsinya?

DEFINISI

Input adalah unit/peranti yang dipasang sesuai atau portnya masing-masing untuk memasukkan dan memindahkan maklumat dari luar ke dalam microprosessor untuk diproses dan diterjemah secara digital.


Output adalah unit/peranti yang digunakan untuk menampilkan atau menterjemahkan data yang keluar dari microprosessor komputer.


PERANTI INPUT DAN OUTPUT 


   
Image result for input dan output komputer                                  pengertian output device

              peranti input                                                                                 peranti output


FUNGSI INPUT DAN OUTPUT

Input- menerima input data dari peranti yang dihantar ke microprosessor dan diterjemahkan menjadi maklumat. Data inputb device yang masuk ke microprosessor berupa data signal input atau data maintance input. Signal input berupa data yang masuk ke microprosessor dan maintance input berupa program yang dipakai untuk menterjemahkan data signal input. Contoh peranti input adalah keyboard, mouse, scanner, webcam, microphone, CD, hard disk dan lain-lain.

Output- menerima keluaran data dari mikroprosessor CPU komputer yang telah diterjemahkan sehingga dapat berupa gambar, tulisan, suara dan sebagainya. Contoh peranti output yang biasanya digunakan untuk menerima hasil olahan komputer seperti printer, monitor, speaker dan sebagainya.



Apa itu Volatile Memory? Apa beza dengan Non-volatile Memory?

"Volatile Memory" ialah storan komputer yang menyimpan atau mengekalkan datanya selagi
komputer itu hidup sementara "Non-volatile Memory" berbeza dengan "Volatile Memory", dimana datanya tidak akan hilang sekiranya komputer mati. "Non-volatile Memory" mempunyai sumber kuasa yang berterusan dan tidak perlu kandungan memorinya (memory content) di "refresh" secara berkala.


Kebanyakan RAM (random access memory) yang digunakan untuk simpanan utama dalam komputer peribadi adalah "Non-volatile Memory." RAM lebih mudah dibaca dan ditulis daripada penyimpanan lain dalam komputer seperti "hard disk" atau "removable media." Walau bagaimanapun, data dalam RAM kekal disana semasa komputer masih berjalan; apabila komputer dimatikan RAM akan kehilangan datanya.



Volatile Memory
Non-volatile Memory
  • Data didalam memori akan hilang apabila komputer hidup.

  • Data didalam memori tidak akan hilang sekiranya komputer dimatikan or atau  sistem terpadam secara tiba-tiba.

  • RAM (Random Access memory) adalah salah satu contoh “Volatile Memory”

  • ROM (Read Only Memory) adala contoh “Non-volatile Memory.”

  • Adalah sejenis memori sementara dimana ia tidak boleh menyimpan kandungan secara kekal.

  • Adalah sejenis memori kekal dimana kandungan yang disimpan adalah secara kekal di setiap situasi


Image result for RAMImage result for ROM

               Non-volatile memory                                                                               Volatile Memory

Saturday, 23 February 2019

Antivirus? perlu ada di setiap komputer?

Perisian antivirus asalnya dibangunkan untuk mengesan dan menghapuskan virus komputer. Begitulah namanya diberikan. Bagaimanapun, dengan perkembangan jenis perisian malware yang lain, perisian antivirus mula memberikan perlindungan dari ancaman komputer lain. Khususnya, perisian antivirus moden boleh melindungi dari: malicious browser helper objects (BHOs), browser hijackers, ransomware, keyloggers, backdoors, rootkits, trojan horses, worms,malicious LSPs, dialers, fraudtools, adware, spyware. sesetengah produk juga memberikan perlindungan daripada ancaman komputer lain, seperti infected and malicious URLs, spam,serangan scam and phishing, online identity (privasi), serangan perbankan dalam talian, teknik kejuruteraan sosial, ancaman berterusan (APT) dan serangan botnet DDoS.


Perisian antivirus perlu ada di setiap komputer. Bukan sahaja perlu tetapi sangat penting untuk Windows OS system. Untuk OS yang lain mungkin tidak perlu sebarang security solution. Tetapi itu tidak bermakna bahawa selain Windows OS tidak mempunyai sebarang virus, tetapi dalam kuantiti yang kecil kerana terdapat dua faktor terbesat


  1.  Linux user base adalah kurang berbanding Windows OS. Windows OS adalah OS yang lebih banyak digunakan di seluruh dunia. Itulah sebab Windows OS adalah sasaran utama para hackers.
  2.  Linux tidak menyediakan administratot account, sebaliknya ia memberikan standard account dengan keistimewaan terhad.



p/s : ia hanyalah pandangan. kemungkinan berbeza dengan pendapat yg lain

Monday, 18 February 2019

Apakah yang dimaksudkan dengan Server?

Teknologi terus berkembang, begitu juga komputer yang mengalami perubahan ketara. Daripada fungsi hingga bentuknya. Salah satu kegunaan komputer adalah untuk mempermudahkan kita untuk memproses data dan memaparkannya menjadi suatu maklumat. Data atau maklumat ini disimpan di suatu tempat atau kita boleh panggil sebagai data server. Namun, adakah anda tahu apa itu server? dan jenisnya?




APAKAH ITU SERVER?

Server adalah sistem komputer yang menyediakan jenis perkhidmatan tertentu dalam rangkaian komputer. Server disokong dengan pemproses yang berskala dan RAM yang besar, juga dilengkapi dengan sistem operasi khas, yang disebut sebagai sistem pengendalian rangkaian (network operating system). Server juga menjalankan perisian pentadbiran yang mengawal akses kepada rangkaian dan sumber-sumber yang terdapat di dalamnya, seperti fail atau alat pencetak (printer). 


JENIS-JENIS SERVER

1. Server Aplikasi (Application server)

2. Server Data (Data Server)

3. Server Proxy (Proxy Server)


FUNGSI SERVER

Tugas Utama Server ialah melayani komputer klien. Berikut merupakan beberapa fungsi mengikut jenis pelayan, bersama dengan penjelasannya.


1. Server Aplikasi 

  • Server digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis aplikasi yang boleh diakses oleh klien.


2. Server Data

  • Server jenis ini digunakan untuk menyimpan pelbagai data, sama ada data yang tidak diproses atau yang telah diproses menjadi maklumat. 
  • Data ini boleh diakses oleh klien dengan bantuan aplikasi pada server.

3. Server Proxy


  • Walaupun Server Proxy berfungsi mengawal lalu lintas pada rangkaian melalui tetapan proxy. 
  • Orang awam lebih mengenal proxy server untuk menyambungkan komputer klien ke Internet.





Apakah itu Internet?

Hye guys. Pada entry sebelum ini saya ada terangkan serba sedikit mengenai literasi digital. Jadi, kita sudah tahu serba sedikit mengenainya.


Pada kali ini saya ingin membawakan satu perkataan yang selalu kita sebut iaitu Internet. Apakah itu internet? Pasti ramai dikalangan kita menjawab internet ialah satu platform untuk mencari maklumat atau internet ialah satu sambungan untuk ke satu-satu laman web. Macam-macam tafsiran dan pemahaman, Sebenarnya ia salah sama sekali.


Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, iaitu inter-net atau antara rangkaian. Sebagai contoh, 'international' bermakna antara negara-negara, 'interstate' bermakna antara negeri-negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-cawangan. Begitu juga internet bermakna antara rangkaian-rangkaian komputer. Untuk maklumat lebih lanjut, jom kita tengok video ini.




Sunday, 17 February 2019

Literasi Digital

Literasi digital merujuk kepada keupayaan individu untuk mencari, menilai, dan mengarang maklumat yang jelas melalui tulisan dan medium lain di pelbagai platform digital. Literasi digital dinilai oleh tatabahasa, komposisi, kemahiran menaip dan kemampuan untuk menghasilkan tulisan, imej, audio dan rekaan menggunakan teknologi. Walaupun literasi digital pada mulanya tertumpu kepada kemahiran digital dan komputer yang berdiri sendiri, kemunculan Internet dan penggunaan media sosial, telah menyebabkan beberapa fokusnya beralih ke peranti mudah alih. Literasi digital tidak menggantikan bentuk literasi tradisional, sebaliknya membina kemahiran yang membentuk asas bentuk literasi tradisional.


Literasi digital juga menjadi sebahagian daripada perancangan jangka panjang badan PBB yang menguruskan soal pendidikan dan budaya. Dalam roadmap UNESCO (2015-2020), literasi digital menjadi tunjang penting dalam pendidikan. literasi digital menjadi asas pengetahuan, yang didukung oleh teknologi maklumat yang sedia ada kini.


Di Malaysia, umum mengetahui komputer atau komputer riba sering digunakan dalam melakukan tugas harian. Begitu juga dengan telefon pintar dimana hampir setiap orang mempunyai telefon pintar mereka sendiri. Mereka menjadikan teknologi ini sebagai medium untuk berhubung, bekerja mahupun berniaga. Hal ini dapat dibuktikan dengan aplikasi jualan secara online seperti shoppe dan lazada.


Ironinya, kemajuan teknologi digital dan internet kini diibaratkan pisau bermata dua, sisi yang pertama bermanfaat bagi manusia untuk mengakses maklumat dengan lebih luas dan efisien, namun disisi sebelahnya pula manusia akan menjadi semakin terdedah dengan maklumat yang tidak ditapis yang mengakibatkan memperoleh maklumat yang salah. Selain itu, pelbagai laman web yang tidak bermanfaat yang menyebabkan kanak-kanak dan remaja akan mudah terjebak dengannya.


Masyarakat perlu memainkan peranan dan bijak dalam memlih serta menilai informasi yang diterima agar lebih tepat. Disinilah literasi digital perlu difahami dan pembelajaran strategik diperlukan untuk pembangunan pendidikan dalam bidang ini di era siber.

Cara "Print" Sijil Dengan Cepat dan Mudah

"Macam mana nak print sijil murid? dah la 50 orang. takkan nak type satu-satu." Wahai cikgu dan pelajar sekolah ataupun universi...