Saturday, 23 February 2019

Antivirus? perlu ada di setiap komputer?

Perisian antivirus asalnya dibangunkan untuk mengesan dan menghapuskan virus komputer. Begitulah namanya diberikan. Bagaimanapun, dengan perkembangan jenis perisian malware yang lain, perisian antivirus mula memberikan perlindungan dari ancaman komputer lain. Khususnya, perisian antivirus moden boleh melindungi dari: malicious browser helper objects (BHOs), browser hijackers, ransomware, keyloggers, backdoors, rootkits, trojan horses, worms,malicious LSPs, dialers, fraudtools, adware, spyware. sesetengah produk juga memberikan perlindungan daripada ancaman komputer lain, seperti infected and malicious URLs, spam,serangan scam and phishing, online identity (privasi), serangan perbankan dalam talian, teknik kejuruteraan sosial, ancaman berterusan (APT) dan serangan botnet DDoS.


Perisian antivirus perlu ada di setiap komputer. Bukan sahaja perlu tetapi sangat penting untuk Windows OS system. Untuk OS yang lain mungkin tidak perlu sebarang security solution. Tetapi itu tidak bermakna bahawa selain Windows OS tidak mempunyai sebarang virus, tetapi dalam kuantiti yang kecil kerana terdapat dua faktor terbesat


  1.  Linux user base adalah kurang berbanding Windows OS. Windows OS adalah OS yang lebih banyak digunakan di seluruh dunia. Itulah sebab Windows OS adalah sasaran utama para hackers.
  2.  Linux tidak menyediakan administratot account, sebaliknya ia memberikan standard account dengan keistimewaan terhad.



p/s : ia hanyalah pandangan. kemungkinan berbeza dengan pendapat yg lain

No comments:

Post a Comment

Cara "Print" Sijil Dengan Cepat dan Mudah

"Macam mana nak print sijil murid? dah la 50 orang. takkan nak type satu-satu." Wahai cikgu dan pelajar sekolah ataupun universi...