Monday, 18 February 2019

Apakah itu Internet?

Hye guys. Pada entry sebelum ini saya ada terangkan serba sedikit mengenai literasi digital. Jadi, kita sudah tahu serba sedikit mengenainya.


Pada kali ini saya ingin membawakan satu perkataan yang selalu kita sebut iaitu Internet. Apakah itu internet? Pasti ramai dikalangan kita menjawab internet ialah satu platform untuk mencari maklumat atau internet ialah satu sambungan untuk ke satu-satu laman web. Macam-macam tafsiran dan pemahaman, Sebenarnya ia salah sama sekali.


Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, iaitu inter-net atau antara rangkaian. Sebagai contoh, 'international' bermakna antara negara-negara, 'interstate' bermakna antara negeri-negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-cawangan. Begitu juga internet bermakna antara rangkaian-rangkaian komputer. Untuk maklumat lebih lanjut, jom kita tengok video ini.




Sunday, 17 February 2019

Literasi Digital

Literasi digital merujuk kepada keupayaan individu untuk mencari, menilai, dan mengarang maklumat yang jelas melalui tulisan dan medium lain di pelbagai platform digital. Literasi digital dinilai oleh tatabahasa, komposisi, kemahiran menaip dan kemampuan untuk menghasilkan tulisan, imej, audio dan rekaan menggunakan teknologi. Walaupun literasi digital pada mulanya tertumpu kepada kemahiran digital dan komputer yang berdiri sendiri, kemunculan Internet dan penggunaan media sosial, telah menyebabkan beberapa fokusnya beralih ke peranti mudah alih. Literasi digital tidak menggantikan bentuk literasi tradisional, sebaliknya membina kemahiran yang membentuk asas bentuk literasi tradisional.


Literasi digital juga menjadi sebahagian daripada perancangan jangka panjang badan PBB yang menguruskan soal pendidikan dan budaya. Dalam roadmap UNESCO (2015-2020), literasi digital menjadi tunjang penting dalam pendidikan. literasi digital menjadi asas pengetahuan, yang didukung oleh teknologi maklumat yang sedia ada kini.


Di Malaysia, umum mengetahui komputer atau komputer riba sering digunakan dalam melakukan tugas harian. Begitu juga dengan telefon pintar dimana hampir setiap orang mempunyai telefon pintar mereka sendiri. Mereka menjadikan teknologi ini sebagai medium untuk berhubung, bekerja mahupun berniaga. Hal ini dapat dibuktikan dengan aplikasi jualan secara online seperti shoppe dan lazada.


Ironinya, kemajuan teknologi digital dan internet kini diibaratkan pisau bermata dua, sisi yang pertama bermanfaat bagi manusia untuk mengakses maklumat dengan lebih luas dan efisien, namun disisi sebelahnya pula manusia akan menjadi semakin terdedah dengan maklumat yang tidak ditapis yang mengakibatkan memperoleh maklumat yang salah. Selain itu, pelbagai laman web yang tidak bermanfaat yang menyebabkan kanak-kanak dan remaja akan mudah terjebak dengannya.


Masyarakat perlu memainkan peranan dan bijak dalam memlih serta menilai informasi yang diterima agar lebih tepat. Disinilah literasi digital perlu difahami dan pembelajaran strategik diperlukan untuk pembangunan pendidikan dalam bidang ini di era siber.

Wednesday, 2 January 2019

INTRO

   Hai Assalamualaikum. Nama saya Zaidi atau orang panggil jedi. Sekarang saya belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil Diploma Sains Matematik selama 2 tahun. 

   Saya mencipta blog ini kerana atas dasar tugasan yg diberikan oleh pensyarah. Namun, insyaAllah saya akan teruskan menulis blog setelah selesai tugasan. 

   Itu sahaja setakat ini. Nantikan entry seterusnya Sabtu ini. Stay tuned.

                                                                                                                         
                                                                    

Cara "Print" Sijil Dengan Cepat dan Mudah

"Macam mana nak print sijil murid? dah la 50 orang. takkan nak type satu-satu." Wahai cikgu dan pelajar sekolah ataupun universi...